Tips Kecantikan

Sudah menjadi fitrah manusia, kebanyakkan wanita sangat mementingkan kecantikan wajah apatah lagi sehingga usia 40 tahun.. wanita sangat menitikberatkan kecantikan wajah dan kulit agar tampak sihat dan bertenaga.

Ada juga yang beranggapan tidak perlu menjaga kecantikan dan kesihatan diri, itu adalah tanggapan yang salah selagi tiada teguran daripada rakan atau suami mereka tidak akan akan sedar tentang penjagaan dan kecantikan diri.

Antara tip-tips yang kami ingin kongsikan supaya wajah kelihatan cantik dan segar ialah:

  1. Jangan tinggalkan solat kerana wuduk itu penting
    Paling penting jangan tinggal solat kerana selain memang diwajibkan, air wudhu’ yang terkena wajah kita 5 kali sehari itulah pencuci muka paling berkesan untuk menyerikan wajah dan juga hati kita.
  • Menjaga Kecantikan kulit dengan minum air suam sebaik bangun tidur
    Sejurus bangun pagi iaitu sbelum mandi dan gosok gigi. Adalah disarankan minum air suam dan biarkannya di dalam mulut kira-kira 10saat sambal selawat 3kali, kemudian baru telan. Ini kerana air basi dikatakan mempunyai enzim yang booleh menjadi ubat.
  • Mengurut wajah dari bawah sambal selawat
    Urut wajah dari bawah dagu hingga kedahi beserta selawat 3kali. Amalkan setiap hari.
  • Berdoa ketika melihat cermin
    Setiap kali berhias di cermin, bacalah doa , kemudian baca selawat di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s. Amalkan setiap pagi. InsyaaAllah kecantikan kulit akan terpelihara.
  • Menggunakan produk yang bagus dan halal
    Salah satu usaha untuk menjaga kecantikan selain daripada berdoa dan mengamalkan petua yang dibincangkan diatas adalah dengan menggunakan produk yang terbukti berkesan secara saintifik. Antara bahan makanan atau supplement yang halal dan terbukti memberi kesan adalah stem cell.

No Comments Yet.

Leave a comment