TIPS KECANTIKAN MINYAK KELAPA

Minyak Kelapa adalah satu bahan yang bagus dan sering digunakan di dalam kesihatan, penjagaan kulit, penjagaan rambut dan penjagaan mulut. Minyak kelapa sering digunakan dalam kecantikan, terima kasih kepada sifatnya yang anti-bakteria, anti-kulat dan anti-radang semulajadi. Sebarang rawatan daripada minyak kelapa adalah bagus digunakan sebelum masuk tidur kerana ianya akan memberi masa untuk sifat minyak kelapa berfungsi dengan baik. Di bawah merupakan beberapa cara menggunakan minyak kelapa yang anda boleh terap dalam rutin kecantikan anda :

MASALAH : RAMBUT KERING

KEBAIKAN : Minyak kelapa sering digunakan untuk rambut kering sejak lama lagi. Ianya sangat berkesan dalam merawat rambut kering serta dihujung rambut yang disebabkan oleh rawatan haba.

CARA PENGGUNAAN : Panaskan sedikit minyak kelapa dalam mangkuk, dan sapu minyak tersebut di sekitar kulit kepala dan rambut. Urut kepala anda, selepas itu, pakai shower cap dan biarkan semalaman. Esoknya, basuhkan minyak rambut tersebut dengan shampu dan gunakan juga perapi rambut seperti biasa. Lakukan cara ini in sekali smeinggu atau setiap kali anda membasuh rambut, jika anda mempunyai keadaan rambut yang kering dan bermasalah.

MASALAH : KELEMUMUR

KEBAIKAN : Minyak kelapa telah diperkatakan mempunyai sifat anti-bakteria, anti-kulat dimana ia menghalang bakteria dan kulat dari menghasilkan kelemumur dan kulit kepala yang gatal. Minyak kelapa mempunyai sifat pelembap dimana ia merawat kelemumur yang berpunca daripada cuaca kering atau sejuk.

CARA PENGGUNAAN :  Campurkan beberapa titis minyak tea tree dalam satu mangkuk minyak kelapa dan panaskan sedikit. Campur minyak tersebut dan sapu pada kulit kepala serta rambut. Urut kepala anda dalam 5 - 10 minit dan pakai shower cap. Lakukan cara ini setiap kali anda membasuh rambut atau muncul kelemumur. Jika rambut anda sering muncul kelemumur setiap kali pada cuaca kering, elakkan dari mengcampurkan minyak tea tree, cuma sapu terus minyak kelapa yang telah dipanaskan sedikit.

MASALAH : KEGUGURAN RAMBUT

KEBAIKAN : Minyak Kelapa diperkatakan dapat menguatkan folikel rambut, jadi ia dapat menguatkan rambut dan melawan keguguran rambut.

CARA PENGGUNAAN : Panaskan sedikit satu cawan minyak kelapa. Sapu minyak tersebut pada kulit kepala dan urut. Pakai shower cap dan tidur. Basuh rambut anda dengan shampoo biasa pada keesokan paginya.

MASALAH : KULIT KERING

KEBAIKAN : Minyak kelapa mempunyai sifat pelembap yang boleh merawat kulit kering serta memberi result kulit gebu, lembut dan sihat.

CARA PENGGUNAAN : Titiskan sedikit minyak kelapa pada telapak tangan anda, dalam 4-5 titis atau kurang daripada 1/2 sudu teh jika ianya solid. Panaskannya dengan menggosok di antara telapak tangan anda. Sapu minyak tersebut pada kulit muka anda yang telah kering dan dibersihkan dan urut muka anda sehingga minyak tersebut telah diserap. Tidur, dan keesokan paginya, anda akan mendapat kulit yang lembap dan sihat.

MASALAH : JERAWAT

KEBAIKAN : Minyak Kelapa mempunyai sifat anti-bakteia, anti-kulat dan anti-radang yang bagus untuk merawat jerawat. Bukan sahaja ia menghalang bakteria dan kulat daripada menghasilkan jerawat tetapi mengurangkan keradangan dan kemerahan kulit.

CARA PENGGUNAAN : Menggunakan minyak kelapa dan beberapa titis minyak tea tree untuk merawat jerawat.

MASALAH : KAKI MEREKAH

KEBAIKAN : Seperti yang telah diberitahu,minyak kelapa mempunyai sifat pelembap yang sangat bagus dalam merawat kaki yang merekah.

CARA PENGGUNAAN : Sapu minyak kelapa yang telah dipanaskan sedikit pada kaki dan urut selama beberapa minit. Pakai stokin dan tidur. Jika anda mempunyai rekahan kaki yang teruk, anda boleh menggunakan minyak kelapa berbentuk solid untuk di sapu pada rekahan tersebut.

2 Responses

  1. Do your company formulate and manufacture the products? That means product development is done there till finished good is produced?
    • sadira nazlynn
      Hello Dinie. Yes, Bio Chempro does formulate and manufacture the products from A to Z. We didnt sell it by kilos. We manufacture the product if the orders comes in. Our factory also have GMP and Halal certificate.

Leave a comment