TIPS KECANTIKAN MENGGUNAKAN MADU [OVERNIGHT BEAUTY ROUTINE]

Madu boleh digunakan dalam pelbagai cara seperti merawat kulit dan rambut. Disini saya ingin share cara menggunakan madu untuk penjagaan kecantikan diri kita.

Madu boleh melembutkan dan melembapkan kulit, jadi, ia boleh mengekalkan kekeringan kulit dan menenangkan kerengsaan kulit.

BIBIR KERING

Exfoliate bibir anda dengan menyapu madu pada bibir sebelum tidur. Keesokan harinya, bibir anda kelihatan lebih lembut dan lembap.

RAMBUT AKAR YANG ROSAK

Perbaiki akar rambut yang rosak dengan 2 sudu teh minyak zaitun dan satu sudu teh madu. Sapu cecair tersebut di hujung rambut untuk melembap dan merawat akar rambut yang rosak.

JERAWAT

Madu mengandungi anti-bakteria dan anti kulat yang boleh menghalang bakteria yang menyebabkan timbulnya jerawat. Enzim yang ada pada madu asli boleh mengekalkankulit yang bersih serta mengekalkan pori bersih dan jelas. Dengan menggunakan kapas, calit madu dan sapu di kawasan yang berjerawat, anti-bakteria yang anda pada madu akan mengeringkan jerawat tersebut semalaman.

PELEMBAP

Madu ialah humectant semulajadi, bermaksud ia menarik kelembapan dari udara ke dalam kulit dan memastikan ia kekal di lapisan kulit yang memerlukan penghidratan tahan lama.

BLACKHEAD

Lemon penuh dengan AHA dan BHA dimana ia boleh menanggalkan sel kulit mati dan membantu membersihkan blackhead. Campurkan satu sudu teh besar madu dan 1/2 sudu teh besar jus lemon. Sapu di area yang sering ada blackhead. Basuh muka anda selepas ianya kering.

KUTIKEL KUKU

Madu asli mempunyai nutrien dan enzim yang banyak untuk memberi khasiat serta merawat kulit wajah anda dan humectant semulajadi madu boleh menarik kelembapan untuk kulit. Perapian dan perlindungan daripada minyak kelapa serta kandungan Acetic Acid dalam cuka apple cider dapat melembutkan kulit yang kasar serta seimbangkan pH untuk penumbuhan yang sihat. Campurkan Satu sudu minyak kelapa dan madu dan sapu pada kutikel kuku anda.

PARUT

Madu dikatakan dapat mencerahkan kulit , anti-radang dan anti-bakteria yang terkandung dalam madu boleh mengurangkan kesan parut dan meningkatkan rawatan dan penumbuhan tisu kulit yang baru. Sapu madu pada parut sebelum tidur. Tutup kawasan yang disapu dengan menggunakan bandage. Madu Manuka adalah bentuk madu perubatan yang memudahkan pembentukan kolagen untuk memberikan kulit yang lebih muda dan mengurangkan parut jerawat. Sapu madu pada parut setiap hari dan perhati bagaimana parut tersebut menjadi pudar.

No Comments Yet.

Leave a comment