TERMA & SYARAT PERADUAN

Penganjur & Tempoh Peraduan

  1. PERADUAN Beli &  MENANG ("Peraduan") dibuka kepada semua penduduk sah Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas pada 01/11/2020 kecuali kakitangan Bio Chempro Industry ("Penganjur"), syarikat gabungan, anak syarikat, agensi pengiklanan/Perhubungan Awam dan pembekal Penganjur, serta anggota keluarga terdekat masing-masing.
  2. Peraduan bermula dari 01/11/2020 dan berakhir pada 30/11/2020 ("Tempoh Peraduan"). Penganjur berhak untuk menukar, membatalkan, menamatkan atau menggantung Peraduan pada bila-bila masa dalam Tempoh Peraduan tanpa memberikan notis terlebih dahulu.
  3. Untuk mengelakkan keraguan, sebarang pembatalan, penamatan atau penggantungan oleh Penganjur tidak memberi hak kepada peserta untuk membuat sebarang tuntutan atau menerima pampasan daripada Penganjur bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami atau kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh peserta sama ada secara langsung dan/atau tidak langsung yang timbul daripada atau berhubung dengan pembatalan, penamatan atau penggantungan Peraduan oleh Penganjur.

Kriteria Kelayakan & Penghantaran Penyertaan

  1. Setiap pembelian Produk Jenama Amaris  yang tertakluk dalam Jadual Bukti Pembelian yang ditunjukkan dalam borang penyertaan akan melayakkan anda untuk menyertai Peraduan.
  2. Setiap borang penyertaan yang dikemukakan mesti lengkap dengan butir-butir yang dikehendaki, mesti disertakan dengan bukti pembelian (BP) atau Order ID pembelian Shopee yang dikehendaki seperti yang ditunjukkan dalam borang penyertaan.
  3. Setiap Peserta layak untuk menghantar lebih daripada 1 (satu) penyertaan. Setiap penyertaan boleh dikemukakan dengan lebih daripada 1 (satu) BP atau Order ID Pembelian Shopee. Borang penyertaan boleh didapati di http://eepurl.com/dKqR22
  4. Untuk setiap penyertaan layak yang diterima, nombor-nombor bersiri akan diperuntukkan menurut kepada BP yang disertakan.
  5. Hanya borang penyertaan lengkap yang dihantar ke  http://eepurl.com/dKqR22 akan diterima:

  6. Borang penyertaan yang diterima selepas 30/11/2020, jam 23.59 malam tidak akan dilayan. Bukti penghantaran borang penyertaan online tidak boleh dianggap sebagai bukti penerimaan Penganjur. Semua borang penyertaan termasuk BP yang dihantar adalah menjadi hak milik Penganjur dan tidak akan dikembalikan.
  7. Semua borang penyertaan yang dihantar adalah tertakluk kepada pengesahan Penganjur. Penganjur mempunyai hak mutlak untuk membatalkan secara automatik borang penyertaan yang tidak lengkap, tidak boleh dibaca atau rosak, penyertaan lewat (borang penyertaan yang diterima selepas 30/11/2020, 23.59 malam) atau borang penyertaan tanpa BP yang dikehendaki atau BP yang tidak mencukupi.
  8. Penganjur, atas budi bicara mutlaknya, berhak untuk menolak, membatalkan atau menyingkirkan mana-mana borang penyertaan tanpa perlu memberikan notis terlebih dahulu kepada mana-mana pihak. Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan sekiranya peserta tidak mematuhi Terma & Syarat Peraduan.

Hadiah

  1. Terdapat 3 (Tiga) Hadiah untuk dimenangi sepanjang Tempoh Peraduan Cabutan Bertuah
  2. Hadiah Utama RM1000 x 1
  3. Rm200 x 5 pemenang
  4. Rm100 x 10 pemenang
  5. Hadiah Utama: Akan diberi kepada pembeli yang banyak membeli & menyertai dalam tempoh peraduan.
  6. Hanya Pemenang terpilih dengan nama dan butir-butir yang dikemukakan dalam Penyertaan Layak yang terpilih, layak untuk memenangi. Kelayakan penyertaan sama sekali tidak boleh dipindahkan. Pemenang akan dihubungi menerusi telefon bimbit, berdasarkan nombor yang diberikan dan akan dimaklumkan tentang butir-butir hadiah. Sekiranya Pemenang tidak dapat dihubungi selepas 3 [tiga] percubaan, maka penyertaan beliau akan dibatalkan.

Liabiliti & Tanggungjawab

  1. Semua hadiah mesti dituntut daripada Penganjur dalam masa 1 (satu) bulan dari tarikh Hadiah disediakan untuk kutipan. Semua Hadiah yang tidak dituntut akan ditarik balik.
  2. Pemenang mesti mematuhi terma & syarat pihak yang mengatur dan/atau menyediakan hadiah. Penganjur berhak untuk menarik balik Hadiah mereka sekiranya Pemenang tidak mematuhi Terma & Syarat Peraduan dan Terma dan Syarat Hadiah.
  3. Iklan Pengumuman Pemenang akan dipaparkan di laman Facebook Rasmi Biochempro www.facebook.com/biochempro
  4.  Hadiah tidak boleh dipindah milik dan tertakluk kepada Terma & Syarat. Nilai hadiah adalah betul pada masa pencetakan.

Notis di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

  1. Notis bertulis ("Notis") ini bertujuan untuk memaklumkan anda bahawa data peribadi anda diproses oleh atau bagi pihak Bio Chempro Industry ("Biochempro" atau "kami"). Tambahan lagi, dengan mengemukakan borang Peraduan ini, anda dengan ini mengizinkan pemprosesan data peribadi anda oleh Biochempro dengan cara yang dinyatakan dalam Notis ini. Kami akan memproses data peribadi yang telah anda berikan kepada kami seperti nama, nombor kad pengenalan peribadi, nombor hubungan, alamat dan maklumat lain yang kami hendaki daripada anda dalam borang Peraduan ini. Bio Chempro Industry akan memproses data peribadi anda, termasuk sebarang maklumat tambahan yang mungkin anda berikan kepada Bio Chempro Industry, untuk tujuan mengendalikan peraduan dan menghubungi anda (jika perlu).
  2. Data peribadi yang anda berikan kepada kami boleh didedahkan kepada penyedia perkhidmatan kami hanya untuk tujuan yang disebutkan di atas. Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa data peribadi yang anda berikan kepada kami adalah tepat, lengkap dan tidak mengelirukan dan bahawa data peribadi tersebut dikemas kini. Anda boleh mengakses dan meminta pembetulan data peribadi anda atau mengehadkan pemprosesan data peribadi anda, atau membuat pertanyaan atau aduan berkaitan data peribadi dengan menghantar e-mel ke penyedia perkhidmatan di admin@biochempro.com.my. Sekiranya terdapat ketidakseragaman antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia Notis ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai berbanding versi Bahasa Malaysia.

Hak Penganjur

  1. Penganjur berhak untuk menukar, membatalkan, menamatkan dan/atau menggantung Hadiah, tanpa perlu memberikan notis terlebih dahulu. Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana Hadiah dengan barangan lain yang sama nilainya, pada bila-bila masa, tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu. Semua Hadiah dituntut dalam keadaan "sedia ada" dan tidak boleh ditukarkan dengan kredit atau barangan lain atau baucar sama ada secara sebahagiannya atau sepenuhnya.
  2. Keputusan Penganjur dalam semua perkara berkaitan Peraduan adalah mutakhir, muktamad dan mengikat. Tiada surat-menyurat akan dilayan.
  3. Penyertaan dalam Peraduan ini dan penerimaan sebarang hadiah menandakan kebenaran yang tidak boleh dibatalkan (melainkan dimaklumkan sebaliknya oleh Peserta) kepada Penganjur untuk menggunakan nama dan gambar Peserta untuk tujuan publisiti dan pengiklanan tanpa sebarang pampasan mahupun perlu memberikan notis kepada peserta terlebih dahulu.
  4. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya hadiah hilang, rosak, cacat atau dicuri semasa dan selepas kutipan hadiah. Semua Peserta bersetuju secara tidak bersyarat untuk menanggung liabiliti penuh dan bertanggungjawab sepenuhnya setakat dibenarkan undang-undang sekiranya berlaku sebarang kerugian, kejadian tidak diingini, kecederaan, ganti rugi, tuntutan, atau kemalangan (termasuk kehilangan nyawa) yang dialami akibat daripada penyertaan mereka dalam Peraduan ini, penebusan dan atau penggunaan Hadiah.
  5. Penganjur sama sekali tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kesilapan percetakan yang tertera &  diedarkan di pasaran.
  6. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat ini dan menerima bahawa semua keputusan yang dibuat oleh Penganjur adalah muktamad dan mengikat. Penganjur berhak untuk menukar, meminda, menambah atau menggugurkan mana-mana Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis kepada peserta dan peserta hendaklah terikat kepada perubahan sedemikian.
  7. Terma & Syarat ini disediakan dalam bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat percanggahan antara semua versi yang
    disediakan, versi Bahasa Malaysia Terma dan Syarat Peraduan yang boleh didapati di www.biochempro.com.my akan diguna pakai.
  8. Untuk pertanyaan lanjut mengenai Peraduan, sila hubungi Talian Khas di 03-6178 2799 (10 pagi - 12 tengah hari, 2 petang - 5 petang, Isnin hingga Jumaat, kecuali cuti umum) atau kunjungi www.biochempro.com.my atau www.facebook.com/biochempro

No Comments Yet.

Leave a comment