Serum & Pelembab : Adakah Anda Memerlukan Kedua-duanya ?

Jawapan untuk soalan ini adalah seperti perbezaan antara lada merah dan avokado. Anda makan kedua-duanya. Kedua-duanya mempunyai khasiat yang enak dan kedua-duanya memberikan tenaga yang hebat. Walaubagaimanapun, kedua-duanya tidak melakukannya dengan cara yang sama. Lada merah memberikan badan anda Vitamin C, avokado memberikan badan anda rangsangan yang sihat.

Kedua-dua produk melakukan perkara yang hebat, tetapi dengan cara yang berbeza.

Terdapat 3 perbezaan utama antara serum dan pelembap ;

  1. Serum dan pelembap dapat mencapai pelbagai lapisan kulit anda.
  2. Serum kebanyakannya memberikan rawatan kepada kulit manakala pelembap kebanyakannya menyediakan kelembapan kulit.
  3. Satu berfungsi melawan penghalang pada kulit anda, dan satu lagi merawat kulit anda.

1. Serum Facial vs. Facial Pelembap: Perbezaan Penyerapan.

EPIDERMIS - DERMIS - HYPODERMIS

Diatas merupakan, lapisan kulit anda dan ketiga-tiganya mempunyai ciri biologi yang sangat berbeza.

Sebagai contoh, lapisan atas kulit anda / bahagian yang paling atas dipanggil EPIDERMIS yang kebanyakannya berasaskan dari minyak seperti rambut anda. Bahagian Epidermis juga akan menjadi sel kulit mati. Epidermis membantu dalam pembentukan kulit yang kalis air. Ia menyerap air tetapi menghalang bakteria dan alergen masuk ke dalam kulit.

Dari Epidermis ke Dermis, ciri biologi kulit anda akan berubah. Disini, sel kulit anda dan persekitarannya adalah berasaskan air. Sel-sel kulit dibahagian dermis ini sangat aktif.

Apakah perbezaan antara Serum dan Pelembap ?

Jawapan : Serum adalah berasaskan air manakala Pelembap pula berasaskan air dan minyak.

Ini bermaksud , Serum boleh menembusi kulit anda untuk mencari lapisan kulit yang berasaskan air manakala pelembap pula hanya berada pada lapisan atas (Epidermis) sahaja.


2. Perbezaan antara Serum dan Pelembap: Keadaan vs Rawatan

Serum memberi manfaat pada kulit anda dengan rawatan  manakala pelembap pula, memperbaik keadaan kulit.

Di bawah merupakan contoh perbezaan :

Katakanlah, ada bahagian di kulit anda mempunyai warna yang berbeza berbanding warna kulit biasa anda. Mungkin ianya adalah kesan parut yang disebabkan oleh hiperpigmentasi. Perubahan warna kulit itu terbentuk pada lapisan kulit dalam. Dari situ, anda boleh menggunakan serum untuk diserap kepada lapisan dalam kulit.

Jika anda mempunyai kulit yang kering, penyebab kulit kering adalah permukaan kulit yang lemah bermakna anda perlu melembapkan permukaan kulit anda supaya permukaan tersebut akan menjadi keadaan kulit yang asal iaitu, kalis air.

Penjagaan kulit berasaskan penjagaan kulit membantu menangani masalah kulit yang biasa seperti pigmentasi,garis-garis halus dan kedutan. Berbanding dengan lapisan atas kulit anda yang merupakan 'dinding' bagi sel kulit. Lapisan kulit dalam yang meresap serum penuh dengan kolagen, elastin dan pigmentasi. Dengan ini, anda dapat menentukan sama ada permasalahan kulit anda memerlukan serum atau pelembap.

Pelembap boleh merawat lapisan atas kulit dan boleh mencegah masalah kulit daripada merebak manakala serum membantu untuk merawat masalah kulit yang ada di lapisan dalam kulit seperti penuaan, pendedahan daripada matahri dan banyak lagi.


3. Serum Vs Pelembap : Bagaimana ia memainkan peranan dalam merawat kulit anda.

Kita mulakan dengan lapisan atas kulit iaitu EPIDERMIS (penghadang kulit). Jika anda tidak menjaga kulit anda dengan baik, kulit anda akan menjadi kering dan kusam.

Berikut adalah cara serum dan pelembap berfungsi dalam merawat kulit anda.

Serum melawan penghalang kulit anda untuk mencapi lapisan kulit yang lebih dalam. Pelembap pula melengkapkan dan memperbaiki semula penghalang kulit.

Bermaksud, Serum akan menyerap masuk dari lapisan atas hingga ke lapisan dalam manakala pelembap pula merawat masalah yang ada di bahagian lapisan atas kulit.

Adakah anda memerlukan kedua-dua serum dan pelembap?

Ya, anda memerlukan kedua-duanya dalam penjagaan kulit anda bagi mengelakkan segala permasalahan yang akan dihidapi pada kulit.

No Comments Yet.

Leave a comment