Memakai Foundation dengan sempurna.

Foundation merupakan bedak asas yang boleh sekatakan warna kulit anda. Ia mempunyai bermacam-macam jenis warna dan jenis Foundation.

Jenis warna ? : Warna yang dimaksudkan adalah, warna yang mengikut ton kulit anda.

Jenis Foundation ? : Foundation mempunyai banyak jenis seperti, Hotpour Foundation, Liquid Foundation, CC Cream, BB cream dan sebagainya.

Post pada hari ini, saya ingin berkongsi cara-cara pemakaian Foundation. Ada 3 cara utama :

Menggunakan jari.

  • Membersih serta melembapkan muka anda terlebih dahulu.

Mekap perlu dipakai pada permukaan yang bersih. Basuh muka anda menggunakan pencuci muka dan keringkan muka selepas dibasuh. Jika anda mempunyai kulit kering, apply pelembap dan tunggu beberapa minit sebelum memakai foundation, untuk memberikan pelembap tersebut menyerap pada kulit.

TIPS : Jika anda kesuntukan masa atau memakai pelembap secara berlebihan, serap lebihan moisturizer tersebut dengan menggunakan tisu sebelum memakai foundation.

  • Memakai sedikit demi sedikit.

Jika anda menggunakan liquid foundation, letakkan sedikit liquid foundation (1 titik / 1 pump) pada bahagian belakang tangan anda. Elakkan daripada tuang secara berlebihan. Anda boleh tambah foundation jika tidak cukup.

  • Calit pada muka.

Menggunakan hujung jari anda, calit foundation tersebut di sekitar muka anda. Dahi, kedua belah pipi, dagu dan hidung. Jika tidak cukup, anda boleh tambah pada area yang memerlukan penambahan coverage.

  • Ratakan Foundation menggunakan jari anda.

Menggunakan samada teknik patting/tapping dengan permukaan jari anda, ratakan foundation dengan pergerakan bulatan. Mulakan di bahagian yang mempunyai ton kulit tidak sekata.

  • Sapu dengan rata.

Sapu foundation yang selebihnya di bahagian jawline, hairline dan keliling telinga untuk mengelakkan daripada munculnya garis halus. Beauty blender boleh digunakan untuk meratakan foundation di bahagian-bahagian tersebut.

  • Set Foundation anda.

Tunggu 2-3 minit untuk foundation itu kering. Jika ianya masih lagi lembap, anda boleh menggunakan tisu untuk serap kelembapan tersebut. Selesai sudah mekap, set foundation anda menggunakan setting powder. Setting powder boleh tahankan foundation sepanjang hari.

Menggunakan Beauty Blender.

  • Memilih beauty blender yang betul.

Beauty blender yang paling popular selalunya berbentuk telur yang diperbuat daripada anti-mikrobial foam. Beauty blender boleh didapati di kedai kosmetik berdekatan rumah anda.

  • Mencuci dan melembapkan muka.

Selepas mencuci serta melembapkan muka, biarkan muka selama 2 minit untuk pelembap diserap pada permukaan kulit muka. Untuk jadikan muka anda tampak lebih flawless, anda boleh menggunakan makeup primer.

  • Lembapkan beauty blender.

Celupkan beauty blender dalam air dan perah ia beberapa kali, memastikan ia tiada lebihan air. Anda boleh membalut beauty blender tersebut dengan kain kering untuk meresap lebihan air supaya beauty blender dalam keadaan lembap.

  • Apply foundation pada muka.

Dengan menggunakan beauty blender, calit foundation pada muka anda. Dahi, kedua belah pipi, hidung dan tambahan di bahagian leher serta jawline.

  • Meratakan foundation anda.

Elakkan menggosok foundation tersebut menggunakan beauty blender. gunakan gerakan dabbing untuk meratakn foundation pada muka anda. Mula daripada bahagian hidung dan pipi, terus ratakan foundation anda sehingga anda mendapat full coverage result. Selepas itu, sambung di bahagian dagu, dahi dan jawline.

Tips : Dengan teknik tekanan, ia akan memberi result yang flawless dan full coverage dengan meratakan foundation tersebut di muka. Jika menggunakan teknik menggosok, berkemungkinan akan menjadi foundation yang tidak sekata, garis - garis halus juga akan muncul di sekitar tempat yang mudah berkedut serta di bahagian rambut halus.

  • Set Foundation anda.

Tunggu 2-3 minit untuk foundation anda kering. Serap lebihan moisture daripada foundation menggunakan tisu. Set foundation menggunakan finishing setting powder.

  • Bersihkan beauty blender.

Selesai bersolek, basuh beauty blender anda menggunakan air, perah ia dan biar ia kering. Lagi bagus jika, anda membasuh beauty blender menggunakan sabun atau shampoo seminggu dua kali, basuh serta perah sehingga tiada buih sabun dan biarkan ia kering.

Jika anda tidak membersihkan beauty blender, bakteria akan senang merebak pada kulit muka anda.

Menggunakan Berus.

  • Memilih berus yang betul.

Pelbagai jenis berus boleh digunakan untuk foundation tetapi berus yang paling sesuai ialah berus leper tetapi padat yang khas untuk foundation sahaja.

  • Penjagaan muka.

Seperti biasa, mencuci serta melembapkan muka anda terlebih dahulu. Biarkan pelembap tersebut menyerap ke muka. Serap lebihan pelembap menggunakan tisu.

tips : untuk finishing yang sempurna, apply makeup primer.

  • Apply foundation pada muka.

Celup hujung berus pada foundation dan apply pada muka anda. Blend foundation dengan menggunakan teknik stippling motion untuk blend di garisan rambut, jawline dan telinga supaya ia tidak nampak streaky.

  • Set Foundation anda.

Tunggu selama 2-3 minit untuk foundation tersebut kering sepenuhnya. Sebagai finishing, set foundation anda menggunakan translucent makeup powder supaya muka anda tidak nampak berminyak.

  • Bersihkan berus foundation anda.

Lap berus anda menggunakan tisu terlebih dahulu untuk menghilang lebihan foundation. Bersihkan berus anda sekali seminggu menggunakan shampoo atau pembersih berus.

No Comments Yet.

Leave a comment