Kebaikan Minyak Argan

Minyak Argan mempunyai pelbagai fungsi yang bagus terutama sekali dalam penjagaan diri. Daripada Rambut hingga ke hujung kaki, Minyak Argan akan menolong anda dari segi melembap, exfoliate, jerawat, perapi rambut dan sebagainya.

Disini adalah Top 12 kebaikan minyak Argan pada anda :

  • Pelembap sebelum tidur.

Sapu sedikit Minyak Argan pada seluruh muka. Minyak Argan berfungsi untuk melembapkan kulit serta mengekalkan kelembutan dan kehalusan pada kulit wajah.

  • Toner kulit.

Tambah beberapa titis minyak Argan pada Toner anda untuk menambah lebih nutrient pada Toner sebelum sapu pelembap / moisturizer.

  • Exfoliate.

Campur Skrub muka anda bersama Minyak Argan. Ia akan exfoliate dan memperbaharui kulit wajah anda.

  • Jerawat.

Minyak Argan mempunyai Linoleum Asid yang tinggi untuk membantu mengurangkan keradangan kulit yang berpunca pada jerawat.

  • Stretch Marks.

Minyak Argan membantu menghalang Stretch Marks dengan memperbaik keanjalan kulit. Sapu beberapa titis Minyak Argan yang telah dipanaskan, dengan lembut, urut bahagian yang mempunyai masalah stretch mark tersebut.

  • Kesan Pencukur.

Minyak Argan merupakan cara yang efektif pada lelaki dan perempuan yang mempunyai masalah kecil selepas bercukur. Ia dapat merawat bonggolan dan lecuran akibat mencukur.

  • Pelembap seluruh badan.

Tambah beberapa titis Minyak Argan pada Minyak kelapa atau Pelembap yang menggunakan bahan semulajadi untuk melembapkan kulit yang kering.

  • Perapi Rambut.

Minyak yang tidak greasy ini sesuai dijadikan sebagai Perapi rambut. Minyak Argan dapat melindungi rambut anda daripada Rosak akibat kepanasan yang berpunca daripada Iron Straightener / Curler

  • Rawatan pelembap sepanjang malam.

Jika anda mempunyai rambut yang kering dan kusut, sekali seminggu lakukan rawatan pelembap semalam dengan menggunakan Minyak Argan.

  • Pelembap bibir.

Minyak Argan merupakan stau bahan yang sangan bagus dalam melembapkan bibir, ia juga boleh menggantikan lipbalm. Sapu satu atau dua titis Minyak Argan pada bibir anda dan lap lebihan minyak pada bibir. Minyak Argan bukan sahaja dapat merawat Bibir yang pecah malah ia akan kekalkan bibir anda sentiasa lembut, halus dan lembap.

  • Kuku

Minyak Argan yang mempunyai lembapan yang tidak greasy adalah rawatan ideal untuk kuku dan kutikel. Tanggalkan nail polish anda pada kuku, sapu minyak Arganpada bahagian kuku dan kutikel dan basuh sampai bersih.

  • Kaki dan tumit kering.

Jika anda mempunyai kult kering dan merekah pada bahagian kaki dan tumit, sapu 2-4 titis Minyak Argan pada bahagian yang bermasalah dan balut kaki anda dengan stokin. Biarkan semalaman dan minyak Argan akan menyerap masuk pada kulit kaki anda. Basuh atau lap kaki anda pada keesokan hari.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Berminat dalam mengeluarkan Jenama Anda sendiri ? Lawati Facebook kami di sini [Produk Jenama Anda]  ATAU direct Whatsapp Puan Umi @ Cik Sadira

No Comments Yet.

Leave a comment