FAQs

 

 

Q?

Apa itu kilang GMP ( Good Manufacturing Practices )?

A.

Amalan Perkilangan Baik (APB) adalah suatu piawai yang perlu dipatuhi oleh pengilang produk farmaseutikal / tradisional yang berdaftar dan kosmetik bernotifikasi bagi memastikan produk yang dihasilkan adalah selamat, berkualiti dan berkesan.   *Istilah APB juga sering dikenali dalam istilah Bahasa Inggeris sebagai Good Manufacturing Practice (GMP). Di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 pematuhan terhadap Amalan Perkilangan Baik adalah diperlukan sebagai salah satu syarat pertimbangan permohonan Lesen Pengilang dan permohonan pendaftaran produk/notifikasi kosmetik. Setiap pengilang produk berdaftar dan kosmetik bernotifikasi perlu diperiksa berdasarkan keperluan yang telah ditetapkan oleh garis panduan.

Q?

Bagaimana anda ingin mengeluarkan Produk Sendiri / Jenama Sendiri?

A.

Kami menawarkan kepada anda pelbagai produk  yang inovatif mengikut trend pasaran masa kini samada produk yang sediada atau menggantikan produk semasa anda. Kami membangunkan segalanya untuk anda dari IDEA - FORMULASI - PRODUK EKSKLUSIF ANDA. Perkhidmatan OEM kami merangkumi :

  • PEMBANGUNAN FORMULASI
  • REKABENTUK
  • PENDAFTARAN KKM & PRODUK

Q?

Berapakah Minimum Order Quantity (MOQ) yang diperlukan untuk mengeluarkan sesuatu produk kecantikan & kesihatan jenama sendiri?

A.

MOQ untuk setiap produk adalah minimum 1000 pcs

Q?

Anggaran modal untuk keluarkan produk kecantikan & kesihatan jenama sendiri ?

A.

Kami di Biochempro tidak meletakkan sebarang pakej dan modal untuk sebarang produk.

Ianya bergantung kepada sebut harga yang telah ditetapkan.

untuk maklumat lanjut boleh hubungi :

0361782799 ( Pejabat )