Kebaikan Kesihatan Kaffir Lime

Kaffir Lime (atau) Limau Purut adalah nama umum bagi Citrus Hystrix, merupakan buah tropikal yang asalnya dari serata Asia termasuk Indonesia, Thailand dan Filipina. Selain digunakan dalam masakan, Kaffir Lime ada fungsinya dalam ubatan herba kerana tingginya kandungan sebatian organik yang boleh mengubah sistem badan secara positif.

Minyak, daun, buah dan kulitnya boleh digunakan untuk penggunaan yang berbeza. Seringkali anda jumpa Kaffir Lime digunakan dalam sup dan sos, seperti Sup Tom Yam, lagi-lagi daunnya, yang sering digunakan dalam masakan Thai. Daun dan kulit Kaffir Lime sangat berguna kerana aroma dan rasanya dalam masakan tetapi kedua sifatnya seringkali "overpowered" bahan-bahan yang lain.

Rasa yang kuat ini disebabkan kerana kepekatan tinggi Alkaloids, Citronellol, Limonene, Nerol dan sebatian organik yang selebihnya.


KEBAIKAN DALAM KESIHATAN
Mari kita lihat senarai kebaikan Kaffir Lime dalam kesihatan.

MEMPERBAIK KESIHATAN MULUT/GIGI
Penggunaan kesihatan yang sering digunakan adalah perlindungan kesihatan mulut/gigi. Bagaimanapun, ianya bukan daripada buah yang digunakan tetapi bahagian daun dan kulitnya sendiri. Daun Kaffir Lime boleh digosok pada gusi untuk menggalakkan kesihatan mulut dan ia juga akan menyingkirkan bakteria merbahaya yang muncul di sekitar mulut. Minyak yang telah diekstrak daripada Kaffir Lime boleh dicampur dengan Ubat Gigi Organik dan Pencuci Mulut untuk menggalakkan kesihatan mulut dan gusi lebih kuat.

MENYAHTOKSIKAN DARAH
Minyak daripada Kaffir Lime seringkali dicampurkan dengan pelbagai rebusan untuk individu yang menghadapi penyakit bawaan darah atau penyakit darah yang kronik. Keunikan campuran sebatian yang tidak menentu diketahui boleh menyingkirkan pathogen atau bendasing di dalam darah, sementara itu menolong hati dan sistem limfatik mengeluarkan bendasing yang merbahaya dan memperbaik kesihatan anda.

MERAWAT ISU PENCERNAAN
Mempunyai beberapa bilangan komponen yang dijumpai dalam Kaffir Lime sama seperti komponen yang ada dalam Serai dan herba-herba yang berkaitan. Unsur-unsur Organik ini besifat anti-radang, tetapi ia juga merangsang sistem pencernaan. Jika anda mengalami sembelit atau senak, rebusan Kaffir Lime boleh membersihkan symptom dan memperbaik usus perut untuk berfungsi seperti biasa. Ini boleh menghalang daripada mengalami isu gastrointestinal yang serius pada masa akan datang, seperti Kanser Kolorektal, Buasir atau Ulser Gastrik.

PENGHALAU SERANGGA
Di negara-negara dimana Kaffir Limesecara tradisinya tumbuh, serangga pembawa penyakit boleh membunuh beribu-ribu orang setiap tahun. Untuk tujuan itu, Kaffir Lime seringkali digunakan kerana sifatnya yang boleh menghalau serangga. Citronellol dan Limonene yang dijumpa dalm Kaffir Lime tidak disenangi oleh serangga dan jika anda campur kedua bahan tersebut dalam lotion dan disapu pada kulit anda, risiko untuk digigit serangga adalah rendah.

PENJAGAAN KULIT
Jus Kaffir Lime dan jus yang telah diekstrak sering dicampurkan dalam produk kosmetik dan produk mandian kerana baunya yang menarik, serta sifat anti-oksidannya. Asid yang dijumpa dalam Kaffir Lime boleh membantu meneutralkan radikal bebas, produk sampingan yang boleh merbahayakan penafasan sel yang boleh menyebabkan mutasi sel atau apoptosis, serta kanser. Kompaun anti-oksidan boleh melembapkan pemecahan sel dan meminimumkan kesan penuaan, parut dan jerawat.

MENGURANGKAN KERADANGAN
Pada individu yang mengalami Rheumatism, Arthritis, Edema, Gout dan penyakit radang yang lain, Kaffir Lime boleh menjadi remedi yang berkesan. Anda boleh menggunakan jus, daun atau minyak yang diekstrak pada bahagian yang anda alami ketidakselesaan dan sakit, dan anda juga boleh makan buah tersebut untuk mendapat effect yang sama. Kesan anti radang ini menjadikan Kaffir Lime sesuai digunakan untuk sakit kepala dan migrain.

MENGURANGKAN STRESS
Walaupun kebanyakan individu tidak memikirkan Kaffir Lime sebagai berguna dalam Aromaterapi. Minyak yang diekstrak dari buah-buahan yang boleh digunakan secara aromatik dengan kesan yang sangat baik. Sekiranya anda mengalami kecemasan atau pelbagai gangguan saraf, habiskan sedikit masa anda untuk menghirup aroma Kaffir Lime yang boleh menenangkan tubuh dan minda anda.

MENINGKATKAN IMUNITI
Kualiti anti-bakteria dan anti-oksidan Kaffir Lime menjadikan ia bahan yang bagus dalam meningkatkan sistem imuniti. Bukan sahaja ia menghalang jangkitan dan bakteria daripada menyerang kulit malah, ia menghalang pelbagai penyakit gastrointestinal dan merangsang sistem imuniti dengan kesan anti-oksidan.

PENJAGAAN RAMBUT
Salah satu penggunaan jus dan daun Kaffir Lime ialah menyapu rebusan dan campuran pada kulit kepala dan rambut untuk melambatkan kesan botak dan menguatkan folikel rambut. ia juga melembapkan kulit untuk mencegah kelemumur serta memberi rambut kelihatan lebih menawan dan lebat.

No Comments Yet.

Leave a comment