BAHAN MERKURI DALAM PRODUK KOSMETIK

Ramai wanita di Malaysia masih lagi tidak menyedari tentang kehadiran merkuri dalam produk kosmetik mereka.Malah ramai tidak mengetahui kesan merkuri pada kesihatan mereka pada jangka masa panjang .

Banyak negara telah mengharamkan penggunaan merkuri pada produk kosmetik .Merkuri selalunya digunakan dalam kosmetik untuk mencerahkan kulit muka.

Apa yang membimbangkan ialah kebanyakan produk ini mengandungi antara 2-10% merkuri bagi setiap berat produk itu.Produk kosmetik ini telah dijual di negara Afrika ,Asia dan Amerika Latin di mana ia mengandungi kandungan merkuri yang lebih banyak antara 660-57 000 bahagian dalam sejuta (ppm).(1)

Namun apakah yang menyebabkan ramai wanita di dunia ketiga menggunakan produk kosmetik yang membahaya ini ? Mengikut kajian seramai 60% pengguna di Asia menggunakan produk ini kerana mereka mahukan lebih putih dan muda.Ia juga murah .Malah ada yang menggunakkan untuk tempoh masa yang lama ,iaitu 20 tahun.

Mereka langsung tidak mengetahui bahawa mereka telah menjadi mangsa bagi lambakan produk merkuri yang berbahaya .

Pada tahun 2010 saja FDA telah mengeluarkan sebanyak tiga kenyataan amaran untuk menghentikan penjualan produk 23 produk kosmetik pemutihan yang mengandungi merkuri yang diimport dari China .Ini bermakna pencemaran bahan merkuri sudah mencapai tahap serius .

KESAN PENGUNAAN MERKURI

1. Memperlambatkan pertumbuhan janin & akibatkan keguguran

2. Flek hitam akan timbul & akan menjadi parah

3. Kulit akan jadi gelap & kusam

4. Kulit pada awalnya bersih akan menjadi kelabu

5.Mengakibatkan kanser kulit

6. Kulit akan jadi kemerahan apabila terkena matahari

7. Jerawat tidak muncul kerana kulit rosak

8. Pori-pori mengecil kerana kulit wajah jadi nipis

 

“Jadilah Pengguna Yang Bijak Memilih”

sumber: drzubaidi.com

No Comments Yet.

Leave a comment