#1 BAHAN YANG MERBAHAYA PADA KOSMETIK

Sebelum anda membeli sebarang alat kosmetik, anda perlu menyemak bahan-bahan yang terkandung dalam alat kosmetik. Bahan-bahan yang disenaraikan ini mungkin dapat memberi kesan yang cepat kepada kulit anda tetapi ia juga amat merbahaya jika anda kerap menggunakannya. Senarai di bawah merupakan, bahan-bahan yang merbahaya pada kosmetik.

1. Merkuri (Hg)

Merkuri sering disalahgunakan pada krim/lotion pemutih kulit. Merkuri merupakan logam berat yang berbahaya, yang dalam konsentrasi kecil pun dapat bersifat racun.

Pemakaian merkuri dapat menimbulkan pelbagai kesan daripada perubahan warna kulit kepada kesan yang menyebabkan bintik-bintik hitam pada kulit, alergi, iritasi kulit, kerusakan permanen pada susunan saraf otak, ginjal dan gangguan perkembangan janin (teratogenik). Paparan jangka pendek dalam dos tinggi menyebabkan cirit-birit, muntah-muntah dan kerusakan ginjal. Merkuri juga merupakan zat karsinogenik (menyebabkan kanker).

2. Hidrokinon

Zat ini tidak boleh digunakan pada kulit dan rambut, dan hanya boleh untuk pengeras kuku. Namun hidrokinon sering disalahgunakan pada krim atau lotion pemutih kulit.

Hidrokinon adalah zat reduktor yang mudah larut dalam air. Kemampuan hidokinon untuk menghambat pembentukan melanin (zat pigmen kulit) membuat bahan tersebut digunakan sebagai pencerah kulit (skin lightening) yang popular.

Namun pengguna hidrokinon dalam jangka panjang dan dos tinggi dapat menyebabkan hiperpigmentasi terutama pada bahagian kulit yang terkena sinar matahari secara langsung dan dapat menimbulkan ochronosis (kulit berwarna kehitaman).

Hal ini akan terlihat setelah penggunaan selama 6 (enam) bulan dan kemungkinan bersifat irreversible(tidak dapat pulih kembali). Bahan ini dilarang digunakan dalam kosmetik perawatan kulit dan rambut kerana pada penggunaan jangka tengah (mid-term) dapat menyebabkan vitiligo/leukoderma (kehilangan pigmen sehingga kulit menjadi pucat secara tidak beraturan).

Krim yang mengandungi hidrokinon akan terakumulasi dalam kulit yang dapat menyebabkan mutasi dan kerosakkan DNA, sehingga kemungkinan pada pemakaian jangka panjang bersifat karsinogenik.

3. Asam Retinoat/Tretinoin/Retionic Acid

Asam Retinoat/Tretinoin/Retionic Acid banyak disalahgunakan pada ubat peeling (pengelupasan kulit), ubat jerawat dan pemutih dengan mekanisme kerja pengelupasan kulit. Zat ini dapat menyebabkan kulit kering, rasa terbakar dan teratogenik.

4. Resorsinol

Resorsinol dapat menyebabkan iritasi pada kulit dan mengganggu sistem imun. Bahaya pemakaian resorsinol pada kulit luka atau teriritasi berupa gejala dermatitis, iritasi mata, kulit, saluran pernafasan atas, methemoglobinemia, cyanosis, konvulsi, peningkatan detak jantung, dispepsia, hipotermia, hematuria.

5. Bahan Pewarna

Bahan Pewarna Merah K.3 (CI 15585), Merah K.10 (Rhodamin B) dan Jingga K.1 (CI 12075) sering disalahgunakan pada produk lipstik atau sediaan dkoratif lain (pemulas kelopak mata dan perona pipi) kerana warnanya yang cerah. Bahan pewarna sintetis ini umumnya digunakan sebagai zat warna kertas, tekstil atau tinta. Zat warna ini merupakan zat karsinogenik. Rodhamin B dalam konsentrasi tinggi dapat menyebabkan kerosakkan hati.

6. Diethylene Glycol (DEG)

Diethylene Glycol (DEG) merupakan sesepora (trace element) yang terdapat pada bahan baku gliserin dan atau polietilen oksida yang digunakan pada pembuatan kosmetik misalnya pada ubat gigi.

Jadi kadar DEG dalam gliserin dan polietilen glikol tidak boleh melebihi batas kadar yang ditentukan. DEG merupakan racun bagi manusia dan binatang kerana dapat menyebabkan depresi sistem saraf pusat, keracunan pada hati dan gagal ginjal.

7. Timbal (Pb)

Pb atau timbal merupakan bahan yang dilarang digunakan pada penyediaan kosmetik. Pada anak-anak, timbal dapat menyebabkan kerusakan permanen pada otak dan sistem saraf dalam tingkah laku dan belajar, menurunkan IQ dan pendengaran, menghambat pertumbuhan dan menyebabkan anemia.

Sedangkan pada dewasa, timbal dapat menyebabkan gangguan sistem syaraf pusat, kardiovaskuler (meningkatkan tekanan darah dan hipertensi) dan menurunkan fungsi ginjal. Namun demikian, sebagai cemaran, timbal (Pb) dibatasi dalam kosmetik dengan kadar maksimal 20 ppm.

 

Credit post : http://health.liputan6.com/read/2359347/catat-7-bahan-berbahaya-pada-kosmetik

No Comments Yet.

Leave a comment