5 tips penggunaan Liquid Lipmatte

Penggunaan Liquid Lipmatte dengan Lipstick adalah berlainan kerana tekstur application-nya yang berbeza. Jangan risau, kami di sini akan menolong anda bagaimana cara pemakaian Liquid Lipmatte dengan pro!

S-C-R-U-B

Exfoliate bibir anda sebelum memakai Liquid Lipmatte adalah step yang penting kerana Liquid Lipmatte tidak sama seperti Lipgloss, kerana segala kecacatan akan kelihatan pada bibir anda. Jika anda mempunyai scrub bibir, perfect! Jika tiada, anda boleh menggunakan  berus gigi extra yang anda ada, untuk exfoliate bibir anda.

Apply Vaseline pada bibir anda dan dengan menggunakan berus gigi extra tersebut, dengan lembut gosok bibir anda menggunakan berus gigi tersebut untuk menanggalkan sel-sel kulit mati pada bibir anda. Jangan lupa basuh bibir anda selepas exfoliate dan keringkan supaya anda tidak meninggalkan saki-baki sel kulit mati pada bibir anda.

Anda juga boleh menghasilkan scrub bibir anda sendiri menggunakan bahan-bahan yang terdapat di dalam dapur anda. Campurkan gula dan sedikit minyak zaitun dan apply pada bibir anda. Jangan lupa untuk lap segala kekotoran pada bibir anda untuk hasil bibir yang lembut.

PILIH WARNA YANG BERSESUAIAN

Perkara yang sering berlaku dalam membeli Liquid Lipmatte adalah tersalah memilih warna. Sebelum membeli, pastikan warna pemilihan anda bersesuai dengan tona kulit anda. Warna yang terlalu pucat, membuat anda kelihatan seperti mayat, warna yang terlalu gelap akan meninggalkan lebihan warna pada bibir selepas anda membersihkannya.

GUNA BERUS LIPSTICK

Liquid Lipmatte mempunyai berusnya sendiri tetapi untuk memberi kemasan pada bibir, anda boleh menggunakan berus lipstick. Pentingnya menggunakan berus Lipstick ini adalah memberi kemasan pada bibir serta memberi bibir anda kelihatan penuh.

HIGHLIGHT

Menggunakan highlighter powder, apply pada cupid bows bibir anda serta pada pertengahan bibir di bahagian bawah untuk memberi bibir ada kelihatan penuh. Pastikan warna highlighter itu kompromi dengan warna Liquid Lipmatte anda. Contohnya, untuk Liquid Lipmatte yang berwarna merah atau warna pucat, anda boleh menggunakan highlighter yang mempunyai gold tones, mankala untuk Liquid Lipmatte yang berwarna pink atau purple, warna tersebut sesuai dengan highlighter yang mempunyai silvery tones. Jika anda tiada highlighter, anda boleh menggunakan Lip Balm atau clear Lip gloss, apply pada bahagian tengah bibir.

MENAMBAH KELEMBAPAN

Jika anda tidak suka mengubah matte kepada glossy, Lip Balm yang tidakk berminyak perlu ada pada anda untuk mengekalkan kelembapan bibir sepanjang hari. Pastikan anda telah melembapkan bibir terlebih dahulu sebelum memakai Liquid Lipmatte agar bibir anda tidak kering sepanjang memakai produk tersebut. Perkara terakhir yang anda mahukan adalah kedutan pada bibir semasa memakai Liquid Lipmatte.

No Comments Yet.

Leave a comment