4 Langkah Gerenti Berjaya dalam Perniagaan!

Apakah kunci kejayaan dalam perniagaan? Kami telah menjalankan perniagaan selama lebih 14 tahun dan turut membantu usahawan-usahawan dalam membina perniagaan. Telah banyak juga melihat jatuh bangun perniagaan – orang lain, dan juga diri sendiri. Berikut adalah 8 kunci kejayaan perniagaan yang MESTI anda ikuti untuk pastikan perniagaan anda Berjaya :-

1. Buat kerana minat yang amat mendalam!

Semestinya kita mulakan perniagaan kerana mahukan wang. Wang merupakan motivasi utama dalam memulakan perniagaan. TETAPI, jangan jadikan wang sahaja sebagai sebab utama menjalankan perniagaan. Lakukan perniagaan kerana MINAT. Minat terhadap produk yang ingin dijual, minat terhadap perkhidmatan yang ingin diniagakan dan juga MINAT pada prospek menjalankan perniagaan untuk tahun-tahun yang akan datang tanpa jemu!

2. Fokus, Fokus, dan FOKUS!

Jangan cepat berubah hati. Situasi ini selalu terjadi kepada kita semua sebenarnya, lebih-lebih lagi apabila perniagaan kita agak lembab dan tidak berhasil. Selalunya ini berlaku pada peringkat awal perniagaan.

Jadi bagi mereka yang tidak tahan sabar, saat ini dirasakan gagal. Lalu, mereka membuat keputusan, ‘Sebelum gagal lebih lagi, baiklah mereka menukarkan kepada perniagaan lain!’

3. Tambahkan prospek melalui promosi, promosi dan PROMOSI!

Tanpa promosi, perniagaan akan gagal. Itu sahaja! Perniagaan yang tidak melakukan promosi tidak akan mendapat prospek. Dan usaha menambahkan prospek adalah langkah pertama dalam mendapatkan jualan. Lebih ramai prospek yang kita perolehi, lebih besar kemungkinannya perniagaan kita akan berjaya.

4. Rancang dan atur perniagaan anda.

Setelah promosi dijalankan secara berturutan, semakin hari semakin ramai pelanggan anda, semakin banyak tanggungjawab anda. Di waktu ini, perancangan yang teliti, teratur dan jelas, boleh memberi anda kelebihan.

No Comments Yet.

Leave a comment