KEGUNAAN MINYAK KELAPA

Kita semua tahu Minyak Kelapa adalah salah satu minyak masak paling sihat jika dibandingkan dengan minyak yang lain. Tetapi adakah anda tahu terdapat banyak kegunaan lain untuk Minyak Kelapa selain memasak?

Kita semua selalu menggunakan Minyak Kelapa sebagai minyak memasak. Ianya kerana Minyak Kelapa organik mempunyai tahap pemprosesan yang kurang daripada minyak-minyak yang anda akan jumpa di kedai runcit. Tetapi Minyak Kelapa mempunyai banyak kelebihan selain digunakan sebagai minyak memasak.

Rahsia Minyak Kelapa ialah, minyak tersebut mengandungi asid laurik. Minyak Kelapa mengandungi 50% Asid Laurik, yang merupakan trigliserida rantaian sederhana yang mudah diserap oleh badan. Asid Lauric juga mempunyai ciri-ciri antibakteria yang hebat serta sifat-sifat antiviral dan antifungal. Ciri-ciri gabungan ini menjadikan minyak kelapa sebagai agen pembersih yang luar biasa dan produk kecantikan juga.


Kegunaan Kecantikan Minyak Kelapa.

  • Melembapkan Kulit.

Gunakan minyak kelapa seperti pelembap dan kulit anda akan berasa lembap sepanjang hari. Gunakan sedikit minyak kelapa dan sapukan pada badan anda untuk kulit terhidrat. Pada mulanya anda mungkin kelihatan sedikit berminyak, tetapi jangan bimbang, ia menyerap ke dalam kulit anda dengan cepat.

  • Nikmati Pelembap Mandian yang menenangkan.

Menambah satu sudu minyak kelapa bukan sahaja akan membantu melembapkan kulit anda tetapi juga menambah ketenangan. Aroma tropika yang ringan pada minyak kelapa juga bagus untuk aromaterapi.

  • Melicinkan Kulit Anda.

Campur kelapa dengan  gula yang yang mengandungi isipadu yang sama dan anda akan mempunyai Homemade Skrub Badan. Semasa anda mandi, Skrub tersebut akan menanggalkan sel-sel kulit mati dan bilas Skrub tersebut untuk kulit yang licin dan lembap.

  • Penjagaan Kutikel.

Melembapkan kutikel yang kering dengan menggosok minyak kelapa ke dalam kutikel kuku anda. Minyak tersebut akan membantu melembapkan kuku anda untuk kuku yang lebih kuat dan cantik.

  •  Mengawal kerinting dan Kekusutan Rambut.

Cara terbaik untuk menggunakan cara ini tanpa kelihatan berminyak adalah dengan menggosok jumlah minyak kelapa yang secukupnya di tangan anda (seolah-olah anda menggunakan losyen tangan) dan gunakan sisa Minyak Kelapa di tangan anda untuk disapukan di hujung rambut. Mula di hujung rambut anda untuk melindungi dari hujung rambut dan sapukan ke bahagian atas rambut jika diperlukan.

  • Perapi Rambut Anda.

Sekarang anda dapat lihat kelembapan minyak kelapa, di mana ianya boleh digunakan sebagai perapi rambut untuk anda. Asid Lemak minyak kelapa akan menyerap penuh pada helaian rambut anda untuk melembap dan melembutkan rambut. Campurkan minyak kelapa bersama madu untuk dijadikan sebagai 'hair mask' anda, dah sapukan ke rambut, biarkan selama 30 minit dan basuh rambut anda sehingga bersih.

  • Menghilangkan solekan anda.

Minyak kelapa boleh menghilangkan solekan yang susah untuk dihilangkan. Sapukan sedikit minyak kelapa kepada solekan anda dengan menggunakan kapas. Dengan lembut, hilangkan minyak kelapa di muka anda dengan menggunakan kain lembap dan basuh muka anda seperti biasa. Ia juga berkesan dalam menghilangkan maskara!

  • Membantu mengurangkan kedutan.

Minyak kelapa diperkaya dengan anti-okdisan yang membantu melindungi kerosakan kulit yang menyebabkan penuaan kulit tahap pertama. Minyak kelapa membantu mengurangkan dan mengelakkan daripada kedutan, terutama sekali pada bahagian mata. Urut atau sapukan minyak kelapa pada kulit atau bahagian sekeliling mata sebelum anda tidur untuk membantu kedutan tersebut tidak timbul pada kulit.

  • Membantu kesihatan kulit kepala.

Urut bahagian kepala anda dengan menggunakan minyak kelapa untuk melawan kelemumur. Minyak kelapa membantu melembapkan akar rambut dan mengelakkan daripada kelemumur.

  • Menenangkan Sunburn.

Setelah sepenajang hari berada di bawah cahaya matahari, minyak kelapa dapat membantu anda dalam menenangkan sunburn. Ia dapat menenangkan dan mengekalkan kelembapan bagi mengurangkan kulit menggelupas.

  • Nikmati Urutan di Rumah.

Rehatkan otot anda dengan menikmati urutan yang menggunakan minyak kelapa. Minyak Kelapa merupakan minyak yang bagus untuk urutan kerana teksturnya yang licin dan meresap ke badan dengan cepat, bagi mengelakkan anda berasa berminyak sepanjang hari.

  • Melawan Bau Badan.

Sapukan minyak kelapa dengan rata pada ketiak anda. Asid lauric dapat membunuh kuman atau bakteria yang menyebabkan bau badan.


Jadi, berikut di atas adalah kegunaan minyak kelapa selain memasak. Minyak kelapa bagaikan minyak ajaib dengan kepelbagaian yang bagus untuk kecantikan.

No Comments Yet.

Leave a comment